Pengantin separuh bogel didenda $158

IPOH (THE STAR/ASIA NEWS NETWORK) - Dua model yang terbabit dalam sesi bergambar secara separuh bogel telah dikenakan denda RM400 ($158) setiap seorang.

Hakim Majistret, Cik Haslinda A. Raof, menjatuhkan hukuman tersebut hari ini selepas kededua model itu Low Kah Wai, 27, tahun dan How Jo Yee, 21 tahun mengaku bersalah menyebabkan gangguan awam.

Sesi itu telah diadakan di sebuah lampu isyarat trafik di hadapan sebuah bank di Jalan Sultan Yussuf, kelmarin.

Timbalan pendakwa raya, Encik Harris Ong Mohd Jeffery Ong, berkata Low mamakai hanya seluar hitam dan kasut tanpa memakai sebarang baju, manakala How hanya memakai pakaian dalam berwarna putih.

"Perbuatan mereka mendapat perhatian orang ramai dan beberapa gambar mereka yang diambil telah disiarkan menerusi media sosial.

"Negara ini merangkumi masyarakat berbilang budaya dan perbuatan mereka tidak boleh diterima," tambah Encik Ong.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.