WASHINGTON: Encik John A. Brennan, Pengarah Agensi Risik Pusat (CIA) Amerika Syarikat, mempertahankan taktik kejam yang pernah digunakan CIA terhadap suspek Al- Qaeda, menggambarkan penyiasat agensi itu sebagai "patriot" dan mengecam hanya pegawai CIA yang bertindak di luar batas peraturan Jabatan Kehakiman.
Encik Brennan juga mencabar kesimpulan Laporan Senat Amerika yang memutuskan bahawa program penahanan agensi itu tidak meraih banyak maklumat berharga, dan CIA berulang kali mengelirukan Rumah Putih dan Kongres mengenai nilai program tersebut.