PETALING JAYA: Seramai 13 lagi pegawai dan kakitangan kastam, termasuk seorang pengarah negeri bergelar Datuk, ditahan reman tujuh hari bermula semalam berhubung sindiket penyeludupan arak dan rokok membabitkan kerugian lebih RM4 bilion ($1.6 bilion) kepada negara sejak tahun 2011.
Tahanan reman tersebut dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).