PETALING JAYA: Faktor dan pengaruh luaran kekal menimbulkan keprihatinan bagi penggubal dasar dalam melakar Rancangan Malaysia Ke-11 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penggubal dasar menjangkakan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Malaysia akan tumbuh antara 5 hingga 6 peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11, dan seperti juga Rancangan Malaysia Ke-10, dengan permintaan domestik akan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, dengan pelaburan sektor swasta mengetuai pertumbuhan itu kerana pelaburan sektor awam terus tumbuh dengan perlahan.