Pengasas band The Eagles Glenn Frey meninggal dunia

NEW YORK: Pengasas dan pemain gitar The Eagles, Glenn Frey, telah meninggal dunia pada usia 67 tahun di New York semalam (18 Januari).

Beliau yang telah membantu The Eagles untuk manjadi salah satu band yang paling berjaya dalam sejarah rok Amerika Syarikat melalui hits seperti 'Hotel California' meninggal dunia akibat komplikasi daripada atritis reumatoid, ulser kolitis akut dan radang paru-paru.

Kematian beliau telah diumumkan oleh band tersebut dalam laman mereka.

"Dengan hati yang berat kami mengumumkan pemergian rakan seperjuangan kami," kata The Eagles.

"Kami semua berada dalam keadaan terkejut dan tidak percaya dan berasa amat sedih," kata anggota band The Eagles Don Henley dalam satu kenyataan.- AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.