Pengasas Facebook Zuckerberg pertahankan hak Muslim

WASHINGTON: Pengasas Facebook Mark Zuckerberg mahu mempertahankan hak masyarakat Islam sambil menegaskan mereka tidak perlu takut dianiaya atau ditindas ekoran perbuatan yang dilakukan oleh orang lain.

Menulis dalam kiriman di Facebooknya, Encik Zuckerberg berkata masyarakat Islam tidak harus menghadapi diskriminasi berikutan serangan di Paris atau mana-mana pun golongan ekstremis.

Kenyataan Encik Zuckerberg itu nampaknya bertujuan untuk menyangkal gesaan calon presiden Republican Donald Trump supaya Muslim dilarang memasuki Amrika Syarikat.

"Selepas serangan di Paris dan serangan kebencian minggu ini, saya boleh membayangkan ketakutan yang dirasakan oleh Muslim bahawa mereka akan dianiaya akibat daripada tindakan orang lain.

"Sebagai seorang yang berbangsa Yahudi, ibu bapa saya mengajar saya supaya kita bangkit mempertahankan serangan-serangan yang dilakukan terhadap semua masyarakat.

"Walaupun jika serangan tersebut tidak berlaku kepada anda hari ini, namun serangan terhadap kebebasan sesiapa akan melukakan semua orang," kata beliau. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.