Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengebom Bali, Jakarta akan diadili secara rasmi oleh tentera AS

Jun 30, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dunia bakal melihat individu yang didakwa merancang pengeboman Oktober 2002 di Kuta, Bali, yang membunuh 202 orang, di samping serangan pada 2003 ke atas hotel JW Marriot dan Ritz Carlton di Jakarta yang membunuh 11 orang.



Riduan Isamuddin, juga dikenali sebagai Hambali, dan dua rakannya, akan menghadapi pengadilan rasmi di depan satu suruhanjaya tentera Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo pada 30 Ogos depan.



Sudah 18 tahun, Hambali, yang kini berusia 57 tahun, ditangkap di Ayutthaya, Thailand, pada 14 Ogos 2003 dalam satu operasi bersama Amerika-Thailand dan kemudiannya dipindahkan ke Guantanamo pada September 2006.



Dia dipercayai oleh pihak penyiasat sebagai mendalangi strategi pertubuhan pengganasan Jemaah Islamiyah (JI) untuk menyerang sasaran yang mudah (bukan tentera/polis).



JI sebelum ini dikaitkan dengan pertubuhan pengganasan Al-Qaeda dan kemudiannya dengan ISIS.



Hambali tidak didakwa secara rasmi di Amerika dengan sebarang jenayah sehingga Januari tahun ini dan masih menjadi orang yang dicari di Malaysia, Singapura dan Filipina berkaitan dengan rancangan pengganas.



Pada Disember 2001, 15 anggota JI ditangkap di Singapura kerana merancang serangan ke atas bangunan pemerintah, kedutaan dan anggota tentera Amerika di negara ini.



Pada 2002, berlaku pengeboman Bali - serangan pengganasan terburuk yang pernah berlaku di Indonesia.



Kemudian pada 2003, kumpulan itu melakukan pengeboman bunuh diri di JW Marriot dan Ritz Carlton di Jakarta.



Dua lagi yang akan diadili bersama Hambali adalah Mohammed Nazir Lep, alias Lillie; dan Mohammed Farik Amin, juga dikenali sebagai Zubair.



Kertas tuduhan bertarikh April 2019 antara lain menyatakan, secara terperinci, rancangan oleh ketiga-tiga mereka sebagai "dalang utama, pengkomplot dan peserta" serangan Bali dan Jakarta, dan satu siri rancangan lain untuk menyerang kepentingan Amerika dan warga Amerika - termasuk idea menyerang anggota tentera Amerika dan menenggelamkan kapal perang Amerika di Singapura. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >