Pengebom Boston mohon maaf

BOSTON: Pengebom Boston, Dzhokhar Tsarnaev memohon maaf kepada semua mangsanya buat pertama kali apabila dia akhirnya dijatuhi hukuman mati kerana membuat serangan itu pada 2013.

Permohonan maaf itu dibuat di hadapan Hakim dalam kamar mahkamah ketika prosiding kesnya sedang dijalankan.

Tsarnaev dijatuhkan hukuman mati 15 April lalu, selepas disabit kesalahan menyebabkan empat orang maut dan mencederakan 264 yang lain semasa Maraton Boston pada 2013.

"Saya mohon maaf kepada semua mangsa dan mereka yang terselamat. Saya bersalah," katanya di hadapan Hakim.

Jenayah itu dilakukan Tsarnaev bersama abangnya, namun abangnya terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis ketika operasi memburu suspek.

Bom itu diletupkan pada garisan penamat larian tersebut. Agensi berita

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.