Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengebom bunuh diri ledak dua masjid Pakistan, puluhan terkorban

Sep 30, 2023 | 01:19 PM



QUETTA/PESHAWAR (Pakistan): Letupan bom melibatkan pengebom nekad memusnahkan dua masjid di Pakistan pada Jumaat, dan mengorbankan sekurang-kurangnya 57 jiwa, termasuk tujuh kanak-kanak, sedang penganut Islam meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad, kata polis dan pegawai kesihatan.


Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, di mana angka kematian dijangka meningkat dengan ramai yang cedera parah dan yang lain terperangkap di bawah runtuhan.

Dalam letupan pertama di Mastung di wilayah barat daya Balochistan, pengebom meledakkan bahan letupan berdekatan kenderaan polis di mana orang ramai sedang berhimpun untuk perarakan, kata pegawai polis kanan, Encik Munir Ahmed.

Sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh, menurut pegawai kesihatan daerah, Encik Abdul Rasheed, termasuk kanak-kanak yang berusia daripada sembilan hingga 11 tahun. Sekurang-kurangnya 58 orang cedera.

“Mereka yang cedera menangis meminta pertolongan,” kata saksi, Encik Munir Ahmed Shahwani.

“Saya nampak sekurang-kurangnya 25 mayat di tempat kejadian, termasuk kanak-kanak kecil,” katanya sambil menambah bahawa orang ramai sedang mencari orang tersayang mereka.

Seorang timbalan superintenden polis, Encik Nawaz Gishkori, terkorban sedang beliau mengawasi peraturan keselamatan dalam kawasan itu, kata polis.

“Nawaz Gishkori cuba menghalang pengebom bunuh diri itu, tetapi dia (pengebom nekad) meletupkan dirinya semasa dihampiri,” kata pegawai polis kanan, Encik Javed Lehri.

Perhimpunan itu, di mana orang ramai membawa bendera dan sepanduk, berlangsung di masjid milik mazhab Barelvi, yang secara umum dianggap lebih sederhana berbanding mazhab Islam ekstrem seperti Salafism.

Beberapa mazhab ekstrem menganggap penghormatan kepada Nabi Muhammad sebagai bidaah.

Serangan kedua, di Khyber Pakhtunkhwa yang berdekatan, membunuh lima orang di sebuah masjid, menurut pegawai penyelamat. Bumbung masjid runtuh, menurut penyiar Geo News, memerangkap kira-kira 30 hingga 40 orang di bawah runtuhan.


Serangan itu melibatkan dua letupan, salah satu di pintu masuk masjid dan satu lagi di pekarangan, kata seorang pegawai.

Lonjakan dalam serangan militan di wilayah barat Pakistan telah menjejas persiapan pilihan raya dan kempen awam sebelum pilihan raya kebangsaan pada Januari, tetapi hingga sekarang, serangan kebanyakannya disasarkan terhadap pihak berkuasa keselamatan.

Kedua-dua wilayah berada di sempadan Afghanistan dan telah mengalami serangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh militan Islam yang ingin menggulingkan pemerintah Pakistan dan menubuhkan undang-undang Islam ketat mereka sendiri.

Perdana Menteri sementara, Encik Anwar-ul-Haq Kakar, yang berada di Arab Saudi untuk umrah, mengutuk letupan itu dan menyeru sokongan penuh buat mangsa.

Beliau mengetuai pemerintah sementara yang bertujuan mengawasi pilihan raya nasional yang dijadual berlangsung pada minggu terakhir Januari 2024. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >