Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengeboman Kuil Erawan: Dua lelaki dituduh bunuh

Nov 25, 2015 | 10:48 AM



BANGKOK: Mahkamah tentera Thailand telah mendakwa dua lelaki melakukan satu serangan bom di Kuil Erawan di Bangkok yang mengorbankan 20 orang, termasuk 14 warga asing.


Encik Schoochart Kanpai, peguam salah seorang tertuduh, berkata 10 pertuduhan dikenakan ke atas mereka pada Selasa (24 Nov), termasuk pembunuhan terancang, memiliki senjata haram dan pembunuhan, bagi serangan pada Ogos lalu itu.


Dua tertuduh itu ialah Bilal Mohammed, yang juga dikenali sebagai Adem Karadag, dan Mierali Yusufu.


Dokumen yang dihantar oleh pendakwa raya kepada mahkamah berkata mereka warga China daripada kaum minoriti Uighur.


Serangan di kuil yang menjadi mercu tanda utama di Bangkok itu mencederakan lebih 120 orang.


Polis Thailand berkata ia bagi membalas dendam terhadap tindakan keras negara itu ke atas penyeludupan manusia.


Mereka menolak sembarang kaitan serangan tersebut dengan penghantaran balik 109 orang Muslim Uighur ke China pada Julai.


Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap 17 orang berkaitan serangan itu, tetapi berkata ramai daripada mereka telah melarikan diri ke luar negara.


Dua tertuduh itu akan mendengar tuduhan rasmi terhadap mereka pada 16 Februari. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >