KUALA LUMPUR: Suspek kes liwat sembilan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur, sudah didakwa di Mahkamah Seksyen Putrajaya dengan 11 tuduhan Rabu lalu (19 September).
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Laporan polis dibuat seorang guru di pusat tahfiz berkenaan yang tampil bersama semua mangsa pada 13 September lalu.
“Sembilan pelajar pusat tahfiz itu berusia 11 hingga 16 tahun memaklumkan kepada guru berkenaan mengenai perbuatan suspek yang berusia 30-an tahun yang juga pengetua pusat tahfiz terbabit, yang mencabul dan meliwat mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan semalam (22 September). -BHM