Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengganas paling diburu Indonesia sah ditembak mati

Jul 20, 2016 | 07:59 AM



JAKARTA: Indonesia mengesahkan pada Selasa (19 Jul) pasukan keselamatannya telah menembak dan membunuh pengganas paling dikehendaki di negara ini, Santoso.



"Ya, dia sudah mati," kata Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Encik Luhut Pandjaitan.



Santoso, 39 tahun, sedang bersama empat militan lain, termasuk dua wanita, seorang daripada mereka isterinya, apabila dia terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera pada Isnin (18 Jul).



Dia ditembak mati bersama seorang lagi militan di kampung Tambarana di Poso, Sulawesi Tengah.



Polis berkata, mereka terbunuh di tepi sungai dan selaras senapang ditemui. Yang lain dapat melarikan diri.



Bagaimanapun, pakar pembanterasan pengganasan memberi amaran ini tidak akan menamatkan perang Indonesia terhadap ekstremisme.



Pengarah Institut bagi Pembangunan Keamanan Antarabangsa, Encik Taufik Andrie, berkata kematian Santoso satu pencapaian bagi polis dan tentera. "Tetapi ia tidak bermakna MIT dan kumpulan lain akan dibubar," katanya, merujuk kepada singkatan bagi kumpulan militan Santoso, yang dikenali penduduk tempatan sebagai Mujahideen Indonesia Timur.



Seorang lagi penganalisis keselamatan berpangkalan di Jakarta, Cik Sidney Jones, dipetik sebagai berkata kematian Santoso tidak akan mempunyai apa-apa kesan ke atas keadaan keselamatan di Indonesia.



"Ia tidak memberi kesan ke atas tahap ancaman di Indonesia, dan kita mungkin melihat usaha dipergiat oleh rakan-rakan dan alumni Santoso di Syria untuk menggesa pengikut membalas dendam," katanya.



Santoso terlibat dalam ekstremisme semasa konflik berdarah antara orang Islam dan Kristian di Sulawesi Tengah dari akhir 1990-an hingga awal 2000, yang mengakibatkan beratus-ratus orang mati.



Dia seterusnya membentuk MIT dan segera menjadi pengganas paling dikehendaki selepas orang-orangnya mula membunuh pegawai polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >