KABUL: Sekurang-kurangnya empat militan menyerang sebuah pangkalan tentera kecil berdekatan salah satu akademi tentera utama Afghanistan semalam menyebabkan sekurang-kurangnya seorang askar terbunuh dan tiga lagi cedera, kata seorang pegawai kementerian pertahanan.
Serangan di pinggir barat ibu kota Kabul itu berlaku dua hari selepas bom ambulans di pusat bandar tersebut membunuh lebih 100 orang dan hanya seminggu selepas serangan di Hotel Intercontinental, yang membunuh lebih 20 orang.