Premium
Pengganas serang varsiti di Pakistan, lebih 20 maut
4 penyerang ditembak pegawai keselamatan, militan Taleban mengaku bertanggungjawab
Jan 21, 2016 | 5:30 AM
SERANGAN PENGGANAS: Pegawai perubatan bergegas membantu pelajar dan kakitangan universiti yang cedera dalam serangan pengganas di Universiti Bacha Khan, Pakistan, semalam. - Foto REUTERS -
PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh apabila sekumpulan pengganas menyerang sebuah universiti dekat barat laut Pakistan, pagi semalam.
Lebih 30 yang lain, termasuk pelajar, kakitangan dan pegawai keselamatan, turut cedera, kata ketua polis tempatan, Encik Saeed Wazir, kepada agensi berita AFP semalam.

