Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengganasan di Berlin: Warga Tunisia diburu

Dec 22, 2016 | 11:30 AM



BERLIN (Jerman) - Penyiasat kes rempuhan lori di Pasar Kristan di ibu kota Jerman itu kini sedang memburu seorang bekas banduan warga Tunisia, yang dipercayai terlibat dalam kes ini.



Usaha menjejaki remaja berusia 23 tahun itu dilakukan di seluruh Eropah memandangkan suspek yang menggunakan pelbagai nama itu dikatakan pernah dinafikan peluang mendapatkan suaka di Jerman, selain disifatkan sebagai seorang yang berbahaya.



Serangan pada Isnin lalu telah mengorbankan 12 orang dan mencederakan 48 yang lain - 12 daripadanya parah.



Negara Islam mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, antara serangan ganas terburuk pernah dialami Jerman.



Merumitkan lagi kes ini ialah kesukaran menjadi pemandu trak, yang sehingga kini masih bebas.



Kesemua ini menambahkan tekanan ke atas pemimpin Jerman, Canselor Angela Merkel, yang memutuskan pada tahun lalu untuk membuka pintu sempadan bagi kemasukan sekitar sejuta penghijrah dan pelarian.



Waran tangkap Eropah mengenalpasti warga Tunisia itu sebagai Anis Amri, yang dikatakan punya sejarah memberikan nama dan kewarganegaraan palsu dan perlu dianggap sebagai bersenjata dan berbahaya.



Agensi berita Jerman melaporkan bahawa suspek punya ikatan dengan warga Iraq, Abu Walaa, 32 tahun, yang mendukung fahaman Salafi, yang telahpun diberkas bulan lalu dan dituduh mendapatkan penjihad untuk menyertaikan Negara Islam dan berperang untuknya.



Ganjaran 100,000 euros ($150,814) ditawarkan untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.



Tidak jelas sama ada warga Tunisia yang diburu merupakan pemandu trak yang berdaftar di Poland itu. Namun begitu, usaha pihak berkuasa yang begitu bersungguh-sungguh menjejaki seseorang yang hanya beberapa bulan lalu berhadapan dengan tindakan penghantaran pulang ke Tunisia, adalah sesuatu yang di luar dugaan, kata Encik Stephen Mayer, jurucakap ehwal dalam negeri bagi blok konservatif yang turut merangkumi parti Kesatuan Demokratik Christian pimpinan Cik Merkel.



Menteri Dalam Negeri Jerman, Encik Thomas de Maizière, mengesahkan bahawa pemburuan sedang dilakukan tetapi beliau enggan memberi perincian lanjut.



"Yang dikira adalah kejayaan (dalam menangkapnya), bukan kepantasan atau spekulasi," beliau memberitahu wartawan di Berlin.



Encik Amri dicatatkan telah memasuki Itali pada 2012, menurut laporan akhbar Jerman.



Dia pergi ke Jerman pada Julai 2015 dan memohon suaka pada April tahun ini, di mana dia diberikan kebenaran untuk tinggal sementara.



Dia tinggal di kawasan perumahan yang dikhususkan untuk pemohon suaka di bandar Emmerich am Rhein, di North Rhine-Westphalia, negeri paling ramai penduduk, dan di Berlin.



Di sidang akhbar di Düsseldorf, Encik Ralf Jäger, menteri dalam negeri bagi North Rhine-Westphalia, berkata pihak pendakwaraya persekutuan telah memerhatikan lelaki Tunisia itu - beliau tidak menggunakan nama Amri - yang disyaki sedang merancang satu serangan.



Apabila suspek menuju ke Berlin pada Februari, pihak berkuasa negeri meningkatkan pemerhatian mereka ke atasnya.



Suspek seharusnya dihantar pulang pada Jun lalu, kata Encik Jäger. Namun demikian, dia tidak mempunyai pasport yang sah , dan keran Tunisia mulanya tidak mengiktiraf suspek sebagai warganya, adalah mustahil untuk menghantarnya pulang.



Hanya Rabu lalu pihak berkuasa Tunisia mengeluarkan satu pasport.



Encik Mayar, pula menyatakan, suspek telah tidur semalaman di pusat penghantaran tetapi pihak berkuasa gagal mengesahkan identitinya "dengan pasti".



"Inilah orangnya yang kelihatannya berpotensi menjadi seorang yang berbahaya dan harus dihantar pulang," kata Encik Mayer. - Agensi, New York Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >