Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Penggunaan nuklear boleh ditentukan Moscow sebagai respons kepada tindakan langsung agresif

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Konflik di Ukraine tidak memerlukan Russia menggunakan senjata nuklear pada masa ini, tetapi Moscow boleh memutuskan untuk menggunakan senjata nuklear sebagai respons kepada tindakan langsung agresif dari negara-negara Nato berhubung perkara itu, kata Russia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.



Bercakap di sidang yang bertujuan mengekang penggunaan senjata nuklear, diplomat Russia, Encik Alexanders Trofimov, menolak cadangan Russia bersedia dan sedang mengancam untuk menggunakan senjata nuklear, termasuk di Ukraine.



Beliau menyifatkan cadangan sedemikian sebagai spekulasi dan tidak berpandukan realiti.



Februari lalu, beberapa hari selepas Russia menyerang Ukraine, presiden Russia, Encik Vladimir Putin, memberi arahan supaya angkatan tentera pencegahan serangan negara itu, termasuk bahagian yang mengendalikan senjata nuklear - dalam keadaan berjaga-jaga tinggi.



Encik Putin berkata tindakannya itu didorong kenyataan agresif yang dikeluarkan oleh pemimpin Nato dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh negara-negara Barat ke atas Moscow.



Encik Trofimov, seorang diplomat kanan di jabatan kawalan senjatan dan pencegahan penggunaan senjata nuklear dalam Kementerian Luar Russia, berkata Moscow hanya akan menggunakan senjata nuklear sebagai respons kepada senjata pemusnah besar-besaran (WMD) atau serangan senjata lain yang mengancam kewujudan Russia.



"Kededua senario yang dilhamkan ini tidak relevan dengan keadaan di Ukraine pada masa ini," kata Encik Trofimov, memberitahu sidang PBB, yang antara lain bertujuan menyemak semula Perjanjian bagi Mencegah Penggunaan Senjata Nuklear. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >