KUALA LUMPUR: Pengurup tidak sepatutnya mengumpulkan mata wang asing dengan banyak kerana ia boleh menimbulkan risiko dalam pasaran, kata Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB).
Presiden MAMSB, Encik Ramasamy Veeran, berkata tindakan itu hanya akan mewujudkan artificial shortage (kekurangan dibuat-buat) dan boleh memberi kesan kepada sektor seperti pelancongan, lapor Malaysian Insider semalam.