PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM3 juta dipercayai bagi menutup siasatan kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion ($2.1 bilion) di Pulau Pinang.
Perintah reman ke atas lelaki berusia 64 tahun itu yang bermula hari ini, dikeluarkan oleh Majistret Eng Kar Wen selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).