SYDNEY: Ahli perniagaan Britain, Encik Richard Branson, menyertai seruan supaya penyeludup dadah warga asing yang dikenakan hukuman mati dapat diberi pengampunan.
Pengasas syarikat Virgin, Encik Branson, berkata beliau dan anggota Suruhanjaya Sejagat mengenai Dasar Dadah telah menulis kepada Presiden Joko "Jokowi" Widodo, dan berkata pelaksanaan hukuman mati ke atas 11 penyeludup dadah sebagai hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan.