Penjara enam tahun bagi wanita Britain yang sertai ISIS

LONDON: Seorang ibu yang membawa anak kecilnya ke Syria dan menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dijatuhi hukuman penjara enam tahun penjara pada Isnin (1 Feb), menjadi wanita pertama Britain disabitkan selepas pulang.

Tareena Shakil, 26 tahun, didapati bersalah oleh mahkamah di Birmingham kerana menjadi anggota ISIS dan menggalak pengganasan dalam posting di Twitter sebelum meninggalkan Britain.

"Awak sedar bahawa masa depan yang awak paksakan ke atas anak awak besar kemungkinan akan diindoktrinasi dan selepas itu hidup sebagai seorang pejuang pengganas," kata Hakim Melbourne Inman.

Mahkamah diberitahu bahawa Shakil menjadi radikal melalui dalam talian dan pada Oktober 2014 dia memberitahu keluarganya dia akan ke Turkey untuk bercuti pantai.

Sebaliknya, dia menyeberang sempadan ke Syria dan pergi ke kubu ISIS di Raqqa.

"Saya pergi untuk membina semua sebuah rumah di syurga buat kita semua, Allah menjanjikan kita syurga jika kita mengorbankan kehidupan duniawi kita," tulisnya dalam mesej kepada seorang saudara.

"Saya tidak akan pulang."

Di Raqqa, dia ditahan di dalam sebuah rumah besar dengan wanita tunggal lain dan mengambil gambar selfie bersama anaknya dalam pakaian balaclava hitam tertera simbol ISIS.

Gambar lain yang dijumpai pada telefon Shakil menunjukkan dia bergambar dengan senapang serangan AK-47 dan pistol.

Bagaimanapun, Shakil mendapati hidup di bawah peraturan ISIS terlalu ketat.

Pada Januari 2015, selepas berkali-kali memuat naik "Saya mahu meninggalkan ISIS" di Internet, dia dan anaknya pergi ke sempadan Turkey.

Mereka berlari satu kilometer ke Turkey, mengelak rondaan ISIS sebelum menyerah diri kepada tentera Turkey, katanya kepada mahkamah.

Shakil ditangkap apabila polis menaiki penerbangan pulangnya di Lapangan Terbang Heathrow di London Februari tahun lalu. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.