Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penjualan tanah kepada pelabur China memudaratkan: Mahathir

Jan 17, 2017 | 01:07 PM



KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad Malaysia Selasa (17 Jan) memberi respons terhadap kritikan Sultan Johor berhubung penjualan tanah kepada syarikat-syarikat Cina di negeri selatan, menegaskan bahawa pelaburan tersebut merugikan, tidak seperti pelaburan asing dalam sektor pengilangan.



Pertelingkahan yang semakin meningkat antara Dr Mahathir dan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tertumpu pada AS$60 bilion ($85.8 bilion) pembangunan Forest City, di tanah tambak melibatkan empat pulau di Selat Johor. Projek itu diterajui syarikat pemaju besar China yang tersenarai di Hongkong, Country Garden, dan sebuah firma yang sebahagiannya dimiliki Sultan Johor.



Dalam surat kepada akhbar The Star, Dr Mahathir, yang dipuji kerana memodenkan Malaysia dan meningkatkan sektor pengilangan selama 22 tahun berkuasa, berkata: "Ya, saya mempromosikan pelaburan asing secara langsung. Tetapi ia bukan tentang membeli tanah di Malaysia, membangunkan dan menjualnya kepada orang asing yang akan tinggal di sini.



"FDI ialah pelaburan dalam industri pengilangan. Syarikat-syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat Malaysia bekerja di industri. Mereka akan memperoleh kemahiran dan memulakan perniagaan pengilangan mereka sendiri," kata Dr Mahathir dalam suratnya.



Beliau berkata rakyat Malaysia amat berkebolehan melaksanakan projek-projek pembangunan tanah yang diberikan kepada syarikat-syarikat China, yang kemudiannya menjual kebanyakan hartanah kepada rakyat senegara mereka.



"Apabila pelabur asing membeli tanah, tidak ada aliran modal yang masuk sama sekali. Kebanyakan wang dipinjam dalam negara. Dan mereka boleh menjalankan perniagaan mereka dengan bank-bank mereka sendiri. Apa juga pendapatan syarikat-syarikat asing akan dihantar keluar, dan mengakibatkan pengaliran modal keluar," katanya.



Dr Mahathir juga berkata urusan niaga Cina di Malaysia perlu telus. Beliau menyeru supaya diterbitkan "semua dokumen mengenai pelaburan, bilangan pekerja, negara asal mereka, pembeli, bank-bank yang membiayainya dan semua pengaliran keluar dana".



Dr Mahathir telah beberapa kali menulis dalam blog dan bercakap dengan media tentang keprihatinannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membenarkan syarikat-syarikat tanah besar China membeli bidang tanah yang luas, terutamanya di selatan Johor. Retoriknya mengenai projek-projek Cina di Malaysia dilihat sebagai sebahagian daripada kempen untuk menjatuhkan Datu Seri Najib.



Dalam suratnya kepada The Star, Dr Mahathir berkata, kenyataan bahawa Johor akan dibanjiri warga China adalah berdasarkan laporan berita sebelumnya.



"Apa yang saya kata? Tidak lebih daripada mengulangi laporan Bloomberg dalam akhbar. Tetapi saya faham mengapa Bloomberg tidak dicabar atau dinafikan," katanya.



Suratnya adalah sebagai respons temu bual The Star dengan Sultan Ibrahim Iskandar yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris itu Isnin (16 Jan).



Sultan Johor berkata beliau "amat tersinggung dan terluka" berhubungan serangan kritikan terhadap pelaburan China di negerinya. Jika ini dibiarkan, ia akan mengusir pelabur.



Dalam temu bual terus terang itu, Sultan Ibrahim berkata Dr Mahathir "meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan Malaysia, terutamanya Johor".



Sultan berkata pelabur dalam projek Forest City juga telah mengambil kesempatan daripada program Malaysia My Second Home (MM2H), yang dilancarkan pada 2002 semasa pentadbiran Dr Mahathir.



"Semasa tempoh perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, beliau meminta rakyat Malaysia supaya 'Pandang ke Timur', tetapi kini beliau mengkritik apabila pelabur China datang ke sini untuk melabur," kata Sultan.



Beliau menambah bahawa Dr Mahathir "bermain politik yang menakut-nakutkan dan kaum yang tidak mempunyai tempat di Johor kerana saya tidak percaya kepada politik perkauman".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >