GEORGETOWN: Kegigihan menabung wang setiap hari selama 44 tahun hasil upah menoreh getah berbaloi buat Rohimah Awang Hitam, 71 tahun, apabila hasratnya menunaikan haji menjadi kenyataan.
Walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak kerana sakit sendi, Cik Rohimah, yang berasal dari Grik, Perak, tetap bersemangat mahu ke tanah suci.