BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan tadi sekali lagi berarak di Bangkok, bagi menguji sokongan yang bakal diterima semasa bantahan besar-besar untuk melumpuhkan ibu kota itu Isnin ini.
Kumpulan antikerajaan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) itu mula berarak dari Monumen Demokrasi ke daerah Thon Buri sebelum berpatah balik, dengan dipimpin Encik Suthep Thaugsuban.
Ini kali ketiga golongan itu mengadakan perarakan dalam tempoh seminggu dalam usaha menggalakkan lebih ramai penduduk menyertai mereka dalam perhimpunan besar pada Isnin ini. - Agensi.