Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyanyi Ameng dibebas dari penjara

Jun 16, 2016 | 05:30 AM



KLUANG: Ramadan kali ini pasti bermakna bagi vokalis kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, setelah beliau dibebaskan dari Penjara Kluang kelmarin.



Ameng, yang terkenal dengan lagu Bourgenvilla, disambut isteri, Cik Sabariah Zakariah, dan anak,Wan Amar Haikal, kira-kira 12 tengah hari, lapor Astro Awani semalam.



Ketika ditemui, Ameng, 48 tahun, bersyukur kerana segalanya dalam keadaan baik bagi beliau meneruskan hidup baru.



"Saya rasa apa yang saya alami sekarang atau sebelum ini adalah masa paling sukar dalam hidup. Saya bersyukur atas rahmat-Nya. Awalnya saya rasa saya gagal memulakan hidup baru. Tetapi dengan rahmat Allah, sokongan keluarga, kawan dan semua, saya berjaya mengharunginya," kata Ameng.



Penyanyi yang terkenal pada era 1990-an itu turut bercadang menerbitkan 'single' bertajuk Tiga Penjuru.



Menurut Ameng, kehidupan di penjara juga memberi sinar baru kerana beliau perlu menjalani pemulihan yang bermanfaat, termasuk mempelajari ilmu agama.



Ameng dipenjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 atas kesalahan menyalahgunakan dadah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >