Penyanyi Taylor Swift disaman $59j kerana dikatakan curi lirik

LOS ANGELES: Bintang pop Taylor Swift dilaporkan disaman AS$42 juta ($59 juta) kerana didakwa mencuri lirik bagi lagu hit meganya, Shake It Off, dalam albumnya, 1989, yang dikeluarkan tahun lalu.

Penyanyi R & B Amerika Syarikat, Jesse Graham, yang nama sebenarnya Jesse Braham, mendakwa Swift secara terang-terangan mengambil frasa 'haters gone hate' (pembenci telah membenci) dan 'playas gone play' (pemain telah bermain) daripada trek 2013 beliau.

"Jika saya tidak menulis lagu Haters Gone Hate, tidak akan ada lagu yang dipanggil Shake It Off," Braham memberitahu akhbar New York Daily News.

Single oleh Swift itu mendapat lebih 1.1 bilion hits di YouTube setakat ini.

Braham berkata "tidak mungkin" Swift boleh menulis lirik lagu itu tanpa merujuk pada lagunya dan beliau mula perasan persamaan antara dua trek tersebut apabila Swift menyanyikan lagu itu dalam rancangan Ellen DeGeneres Show.

Beliau kini menuntut pampasan tunai selepas permintaan awalnya untuk bergambar selfie bersama Swift dan diiktiraf sebagai penulis trek itu ditolak.

Ini kes undang-undang kedua minggu ini yang melibatkan Swift. Minggu lalu, penyanyi itu menuntut hos radio yang beliau tuduh merabanya dibicarakan.

Ia sebahagian daripada tuntutan balas terhadap tindakan mahkamah yang difailkan terhadapnya pada September oleh hos radio itu, David Mueller, yang berkata beliau dipecat kerana tuduhan palsu bahawa beliau meraba Swift semasa sesi bergambar.

Swift akan berada di Singapura bagi konsert dua hari yang telah habis dijual hujung minggu ini.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.