NEW YORK: Penyanyi Natalie Cole, anak kepada penyanyi legenda jazz Nat "King" Cole, telah meninggal dunia Khamis lalu. Beliau berusia 65 tahun.
Pemenang anugerah Grammy itu, yang mempunyai masalah kesihatan sejak sekian lama termasuk komplikasi daripada pemindahan ginjal, meninggal di sebuah hospital di Los Angeles pada malam sebelum Tahun Baru 2016.