PANGKALAN BUN: Penyelam Indonesia semalam menemui lima mayat yang masih terikat di tempat duduk masing-masing berhampiran bahagian utama pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa yang membawa 162 penumpang dan anak kapal.
Sejumlah 58 mayat kini ditemui berikutan nahas penerbangan QZ8501 pada 28 Disember tahun lalu dalam cuaca ribut ketika ia terbang dari Surabaya ke Singapura.