Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TRAGEDI TANAH RUNTUH DEKAT GENTING

Penyelamat ceritakan pengalaman menyayat hati

Mulanya sukar percaya ramai tertimbus
Dec 19, 2022 | 05:30 AM



BATANG KALI: Seratus mangsa adalah satu jumlah yang terlalu besar bagi Encik Mohd Firdaus Abd Samad, seorang responden pertama dan veteran Angkatan Pertahanan Awam (CDF) daerah Hulu Selangor.



Oleh itu, beliau tidak percaya apabila menerima laporan awal mengenai tanah runtuh yang melanda tapak perkhemahan Ladang Organik Bapa di Batang Kali.



Jumlah itu adalah yang paling sukar diterima Encik Firdaus, yang mempunyai pengalaman 17 tahun, ketika beliau dan rakan-rakannya menuju ke lokasi kejadian untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).



"Ketika saya bertugas di pusat gerakan daerah Hulu Selangor Jumaat lalu, kami menerima panggilan daripada Mers 999 mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.30 pagi.



"Saya segera menghubungi balai bomba dan penyelamat untuk pengesahan kerana tidak percaya jumlah mangsa sudah melebihi 100 orang.



"Selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa, termasuk polis, saya bersama pegawai Hilmi Husman dan lima lagi anggota bergegas ke lokasi kejadian," katanya.



Encik Firdaus berkata usaha menyelamat sudah mula dijalankan ketika mereka tiba.



Menurutnya, keadaan yang berselut hingga ke paras lutut dan tanah licin menyukarkan pergerakan mereka untuk memberi bantuan kepada mangsa, selain bimbang mungkin berlaku siri runtuhan lain.



"Ada satu kejadian yang menyedihkan buat saya. Seorang mangsa lelaki memberitahu kami isteri dan anaknya ada di dalam kereta mereka yang turut terkesan oleh runtuhan itu.



"Beliau menjerit memberitahu isterinya terus menekan hon supaya mudah untuk kami mengesan kedudukannya.



"Dalam timbunan tanah dan kereta yang berselerakan, kami terus mencari arah datangnya bunyi hon kereta mangsa.



"Tidak lama selepas itu, kami menemui kereta yang dimaksudkan lelaki berkenaan. Di dalamnya memang ada isteri dan anaknya. Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu.



"Ketika sudah berjaya mencapai si anak, saya segera memeluknya. Bagaimanapun, ketika itu, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Jelas dia pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi," katanya.



APM adalah antara lima agensi utama terbabit dalam misi SAR mangsa insiden tanah runtuh Batang Kali yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat itu.



Misi itu kini memasuki hari ketiga.



Sementara itu, seorang korban tragedi tersebut, Allahyarhamha Nurul Azwani Kamaruzaman, 31 tahun, berada di tempat kejadian kerana ingin menemani dua anak majikannya.



Ibu Allahyarhamha, Cik Siti Esah Hassan, 53 tahun, berkata kali terakhir beliau bercakap dengan anak sulungnya itu ialah Rabu lalu sebelum anaknya pergi berkhemah.



Jenazah Allahyarhamha dikebumikan kira-kira 10 malam kelmarin.



"Kiranya mereka bertiga tidur satu khemah, sementara bapa dua kanak-kanak itu, yang juga guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong itu, di khemah lain.



"Saya cuba menghubunginya kira-kira jam 10 malam Khamis lalu, tetapi gagal kerana liputan telekomunikasi kurang elok.



"Namun, dia menghubungi saya semula. Kami bercakap mengenai tiket bas untuk balik kampung di Gua Musang, Kelantan, yang dijadual semalam.



"Kiranya, itu kali terakhir kami bercakap. Tidak jangka pula hari yang sepatutnya kami pulang kampung adalah hari dia pergi buat selama-lamanya," kata Cik Siti Esah ketika ditemui di pusara semasa anak beliau dikebumikan. - BHM.




"... Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Ketika sudah berjaya mencapai si anak, saya segera memeluknya. Bagaimanapun, ketika itu, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang itu sebenarnya sudah meninggal dunia."
- Encik Mohd Firdaus Abd Samad, pegawai Angkatan Pertahanan Awam (CDF) Hulu Selangor terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >