Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyelewengan dana 1MDB libatkan skim cepat kaya: Switzerland

Oct 06, 2016 | 09:48 AM



GENEVA: Switzerland menaikkan tekanan ke atas Malaysia pada Rabu (5 Okt) agar bekerjasama dengan siasatannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan berkata bukti baru menunjukkan "skim Ponzi", atau cepat kaya, digunakan untuk menutup penyelewengan AS$800 juta ($1.09 bilion) dana syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu.



Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland memulakan siasatan terhadap 1MDB pada Ogos 2015 berikutan dakwaan bahawa sebahagian daripada berbilion-bilion dolar yang didakwa dicuri daripada 1MDB melalui bank Switzerland.



Ia mula meminta bantuan Kuala Lumpur pada Januari, tetapi permintaan itu "masih belum selesai", kata satu kenyataan daripada ketua pendakwa Switzerland, Encik Michael Lauber.



Pejabat Encik Lauber pada Rabu mengeluarkan semula seruannya bagi "bantuan undang-undang bersama daripada pihak berkuasa Malaysia", menyusuli permintaan sama awal tahun ini.



Memetik bukti baru dalam kes 1MDB, OAG berkata ia telah "mengenal pasti lebih banyak urus niaga mencurigakan melibatkan sektor kewangan Switzerland".



Sebanyak AS$800 juta yang kononnya dilabur dalam sumber semula jadi oleh sebuah bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, "nampaknya telah digelapkan", kata kenyataan itu.



Penipuan "itu dilakukan berdasarkan satu bentuk skim 'Ponzi'," ujar OAG.



Skim Ponzi melibatkan membayar pulangan pelaburan menggunakan wang pelabur lain dan bukannya daripada pendapatan yang dijana oleh pelaburan itu.



Namun, OAG tidak memberi butiran skim yang melibatkan 1MDB.



Bercakap dalam satu acara di Singapura pada Rabu, Encik Lauber berkata terdapat syak wasangka serius bahawa bank Switzerland terlibat dalam kegiatan jenayah yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB.



"Analisis semua dokumen kewangan menimbulkan syak serius mengenai kemungkinan bank Switzerland terlibat dalam kegiatan jenayah yang didakwa itu dan penyalahgunaan tempat kewangan kami untuk menipu dana kekayaan Malaysia yang sah," kata Encik Lauber.



Beliau tidak menamakan bank-bank itu, tetapi pihak berkuasa Switzerland baru secara rasmi melancarkan siasatan jenayah terhadap bank swasta BSI.



Pada peringkat ini, prosiding jenayah berkaitan 1MDB dan SRC International, empat orang dan satu bank sedang disiasat, kata OAG. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >