Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyerang kelab malam pada Malam Tahun Baru ditangkap: Media Turkey

Jan 17, 2017 | 08:13 AM



ISTANBUL - Lelaki bersenjata yang disyaki membunuh 39 orang di sebuah kelab malam Istanbul pada Malam Tahun Baru telah ditangkap polis di daerah Esenyurt di bandar ini, laman web akhbar Hurriyet dan laporan media lain melaporkan Selasa (17 Jan).



Pihak media meukil polis bahawa lelaki beroperasi di bawah nama samaran Abu Muhammed Horasani. Dia ditangkap di tempat persembunyian dengan anak lelakinya berusia empat tahun, kata Hurriyet. Laporan tidak dapat disahkan segera.



Ramai orang telah ditahan sebelum ini berhubung serangan itu. Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab sebagai membalas dendam terhadap penglibatan tentera Turkey di Syria.



Pada 1 Jan, penyerang itu melepaskan tembakan semasa menuju ke kelab malam Reina dan kemudian melepaskan tembakan dengan senapang automatik, mengisi peluru beberapa kali dan menembak mereka yang terbaring cedera.



Rakyat Turkey dan pengunjung dari beberapa negara Arab, India dan Canada adalah antara yang terbunuh dalam serangan itu.



Horasani disifatkan sebagai asal Uzbekistan oleh laman Haberturk. Laman itu menyatakan dia ditangkap di sebuah kompleks perumahan di daerah Esenyurt, kawasan bahagian Eropah bandar itu.



Terdapat tiga orang dalam apartmen semasa dia ditangkap - rumah seorang rakan Kyrgyz yang dia kunjungi tiga hari sebelumnya, menurut Haberturk.



Menurut agensi berita pemerintah, Anadolu, lima orang ditahan dalam operasi itu, termasuk pelaku yang dikatakan itu, seorang lelaki asal Kyrgyz dan tiga wanita. Ia berkata serbuan serentak dijalankan ke atas sel-sel yang kaitan dengan kumpulan itu.



Serangan tembakan di kejiranan Ortakoy di Istanbul, sebuah daerah mewah di Bosphorus, berlaku selepas setahun selepas Turkey, anggota NATO, digegarkan satu siri serangan oleh Islam radikal dan militan Kurdish dan oleh rampasan kuasa yang gagal.



Presiden Tayyip Erdogan berkata serangan itu, yang menyasarkan kelab popular dengan selebriti tempatan dan warga asing, telah dieksploitasi untuk membahagikan negara yang sebahagian besarnya berfaham Sunni. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >