Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyiasat MH370: Kawalan pesawat mungkin sengaja dimanipulasi

Jul 30, 2018 | 06:33 PM



KUALA LUMPUR: Penyiasat mengeluarkan laporan tentang penerbangan Malaysia Airlines MH370 hari ini (30 Julai).



Menurut laporan itu, alat kawalan pesawat jenis Boeing 777 itu mungkin sengaja dimanipulasi tetapi penyiasat tidak dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab.



Mereka juga tidak mempunyai kesimpulan tentang apa yang berlaku dalam pesawat yang hilang dengan 239 orang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.



Ketua pasukan siasatan keselamatan MH370, Datuk Kok Soo Chon, berkata jawapannya hanya dapat dicapai sekiranya pesawat itu berjaya ditemui.



Datuk Kok berkata penyiasat juga telah memeriksa sejarah juruterbang itu serta pegawai pertamanya dan mereka berpuas hati dengan latar belakang, latihan dan kesihatan mental mereka.



“Kami tidak berpendapat kejadian ini disebabkan juruterbang,” katanya.



Namun tambahnya, mereka tidak mengetepikan sebarang kemungkinan.



Keluarga penumpang penerbangan MH370 itu juga telah diberi taklimat tentang laporan akhir itu.



Ketika ditemui media, mereka berkata laporan itu menggariskan antara kesilapan serta protokol dan garis panduan yang tidak diikut.



Menurut Cik Grace Nathan yang ibunya, Cik Anne Daisy, salah seorang penumpang penerbangan itu, beliau berharap kesilapan itu tidak akan diulangi dan langkah diambil bagi mengelaknya daripada berlaku pada masa akan datang.



Laporan itu dikeluarkan sekitar dua bulan selepas Malaysia menghentikan satu usaha pencarian bawah laut bagi pesawat tersebut.



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia hanya akan mempertimbangkan untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370 itu sekiranya mendapat bayangan baru. - AFP, REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >