Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peranan Amerika dalam perang di Timur Tengah meningkat

Mar 30, 2017 | 12:16 PM



BEIRUT (Lubnan) - Amerika Syarikat telah melancarkan lebih banyak serangan udara di Yemen bulan ini berbanding sepanjang tahun lalu, lapor akhbar The New York Times (NYT).



Di Syria pula, ia telah menerbangkan pasukan tentera tempatan ke barisan hadapan dan dituduh telah membunuh penduduk semasa melakukan serangan udara itu.



Di Iraq, tentera Amerika dan pesawat tenteranya memain peranan penting dalam mendukung serangan di bandar Mosul, di mana serangan udara telah membunuh ramai orang pada 17 Mac lalu.



Dua bulan selepas pelantikannya, Presiden Donald J Trump, telah memberi gambaran bahawa tentera Amerika kini lebih terlibat dalam beberapa perang rumit di Timur Tengah yang tidak jelas pengakhirannya.



Daripada mengetengahkan sebarang doktrin baru di bawah kepimpinan Encik Trump, pegawai Amerika yang ditukil NYT berkata, apa yang berlaku kini adalah satu peralihan di pihak tentera dalam membuat keputusan yang bermula semasa pentadbiran Presiden sebelumnya, Encik Barack Obama.



Apa yang dilihat adalah beberapa petanda betapa rumitnya operasi tentera yang sedang dijalankan di bawah kepimpinan seorang presiden yang berikrar untuk membuat tenteranya "berperang untuk menang".



Dalam wawancara yang dilakukan semalam, Jenderal Joseph L. Votel, Ketua Pemerintah Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat, ditukil sebagai menyatakan bahawa tatacara baharu telah menjadikannya lebih mudah untuk ketua pemerintah di lapangan untuk mengarahkan serangan udara tanpa perlu mendapatkan izin daripada pegawai berpangkat tinggi.



"Kami sedar bentuk peperangan ini akan berubah dan kami memastikan adanya kuasa di peringkat yang betul dan kami memberi kuasa kepada pegawai pemerintah yang berada di lapangan," kata Jenderal Votel.



Beliau menyatakan secara khusus mengenai rundingan yang dijalankan yang menurutnya bermula pada November lalu tentang bagaimana perang di Syria dan Iraq terhadap Negara Islam memasuki fasa genting di Mosul dan Raqqa.



Namun begitu, kurangnya diplomasi dan perancangan masa depan di tempat-tempat seperti Yemen dan Syria boleh membuat kemenangan di sana yang dicapai Amerika dan sekutunya sukar dikekalkan.



"Dari pengalaman lalu, kami tahu bahawa sama ada pasukan Amerika akan perlu terlibat untuk tempoh lama atau kemenangan yang dicapai akan terhapus sebaik mereka berundur," kata Encik Robert Malley, bekas pegawai kanan pentadbiran Amerika yang kini naib presiden untuk dasar di International Crisis Group.



Yang lain pula bimbang bahawa penglibatan lebih besar pasukan tentera akan menarik Amerika Syarikat memasuki perang yang lebih buruk dan akan menyebabkan lebih ramai orang awam terkorban dan ini akan meningkatkan lagi semangat antiAmerika dan propaganda jihadis. - NYT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >