BOSTON: Calon Presiden daripada Parti Demokrat, Cik Hillary Clinton, merancang menjadikan usaha mewujudkan peluang pekerjaan sebagai tumpuan kempennya dalam tempoh sebulan ini bermula dengan pelan perancangan prasarana bernilai AS$275 bilion ($388 bilion) yang akan dibentangkan minggu ini.
Pelan Cik Clinton meningkatkan perbelanjaan pemerintah federal dalam tempoh lima tahun itu akan dibayar sepenuhnya dengan mengubah bagaimana perniagaan akan dikenakan cukai, menurut pembantu kempennya tanpa memberikan perincian lanjut.