Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Perancis dan Britain lancar serangan di Syria

Apr 14, 2018 | 03:21 PM



WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan serangan yang secara spesifik disasarkan kepada kemudahan senjata kimia rejim Bashar al-Assad dilancarkan hari ini.



Ia susulan serangan menggunakan gas klorin dibuat rejim Assad yang meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa minggu lalu.



Menurut Trump, serangan menggabungkan pasukan tentera milik AS, Perancis dan Britain itu dilancarkan dan ia akan diteruskan sehingga Syria menghentikan penggunaan senjata kimia.



"Beberapa ketika yang lalu saya mengarahkan pasukan tentera AS melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran membabitkan kemudahan senjata kimia milik diktator Bashar al-Assad.



"Ini bukan tindakan manusia normal tapi satu jenayah yang dilakukan oleh syaitan bertopengkan manusia," katanya dalam siaran secara langsung dari Rumah Putih.



Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada Assad dan peranan dimainkan pemerintah kuku besi itu dalam beberapa serangan membabitkan penggunaan senjata kimia.



Serentak dengan pengumuman dibuat Trump, beberapa letupan lain turut kedengaran di Damsyik.



"Tujuan tindakan kami ini ialah untuk mewujudkan kekangan yang kukuh terhadap pengeluaran, pengedaran dan penggunaan senjata kimia," katanya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >