Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perancis gesa Eropah ronda Laut China Selatan

Jun 06, 2016 | 10:54 AM



PERANCIS mencadangkan agar tentera laut Eropah menyelaras rondaan di perairan Asia bagi mengukuhkan ketenteraman maritim berasas undang-undang, sedang negara lain, termasuk India dan Canada, menimbulkan tentang kebimbangan mengenai ketegangan yang meningkat di Laut China Selatan.



Menteri Pertahanan Perancis, Encik Jean-Yves Le Drian, yang bercakap dalam Dialog Shangri-La IISS di Singapura pada Ahad (5 Jun), menjelaskan mengapa pertikaian di Laut China Selatan di Asia perlu melibatkan Eropah dan seluruh dunia juga.



Jika undang-undang laut tidak dihormati di rantau ini, ia juga boleh dicabar di Lautan Artik atau Laut Mediterranean, katanya.



Oleh itu, Perancis akan menggesa tentera laut Eropah memastikan kehadiran "biasa dan ketara" di Laut China Selatan.



"Jika kita mahu membendung risiko konflik, kita mesti mempertahankan hak ini dan mempertahankannya diri kita sendiri," kata Encik Le Drian. Tentera laut Perancis telah dikerahkan tiga kali di Laut China Selatan tahun ini.



Menteri Pertahanan Canada, Encik Harjit Singh Sajjan, semasa bercakap dalam sidang puncak anjuran Institut Pengajian Strategik Antarabangsa (IISS) yang berpangkalan di London itu, berjanji akan meningkatkan pelibatan negaranya di rantau Asia Pasifik:



"Kami beriltizam menambah sumbangan masa lalu sedang kami menyesuaikan diri pada dinamik antarabangsa yang sedang berkembang dan mengukuhkan ketenteraman antarabangsa berasaskan undang-undang."



China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, yang turut dituntut sebahagiannya oleh Filipina, Malaysia dan Brunei.



Ikrar Perancis dan Canada datang selepas Menteri Pertahanan India, Encik Manohar Parrikar, menggesa huraian aman bagi pertikaian Laut China Selatan berdasarkan undang-undang antarabangsa.



Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), satu pakatan keselamatan negara Eropah dan Amerika, juga membuat gesaan yang sama. Pengerusi jawatankuasa tenteranya, General Petr Pavel, berkata ia berminat menyokong negara di rantau ini yang bersedia membangunkan keupayaan pertahanan atau berkongsi perisikan dan amalan terbaik dalam keselamatan maritim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >