Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perancis: 'Sama sekali tiada petunjuk' punca nahas pesawat EgyptAir

May 20, 2016 | 03:17 PM



PARIS: Menteri Luar Perancis berkata pada Jumaat (20 Mei) "sama sekali tiada petunjuk" apa yang menyebabkan kemalangan sebuah penerbangan EgyptAir, walaupun pihak berkuasa Mesir berkata kemungkinan paling besar ialah pengganasan.



"Kami sedang melihat semua kemungkinan, tetapi tiada satu pun lebih mungkin daripada yang lain kerana kami sama sekali tidak mempunyai petunjuk tentang punca (kemalangan itu)," Encik Jean-Marc Ayrault berkata kepada televisyen Perancis.



Pemerintah Perancis akan bertemu keluarga mangsa pada Sabtu untuk "memberi semua maklumat yang kami boleh", kata Encik Ayrault.



Satu operasi besar-besaran sedang dijalankan untuk mencari pesawat yang hilang pada Khamis itu, semasa di ruang udara Laut Mediterranean, dengan 66 orang di dalamnya.



Menteri penerbangan Mesir berkata pada Khamis walaupun terlalu awal untuk mengatakan mengapa pesawat A320 Airbus dalam penerbangan dari Paris ke Kahirah itu hilang dari skrin radar, serangan "pengganas" lebih mungkin daripada kegagalan teknikal. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >