Perancis serang kubu kuat ISIS di Syria bagi balas serangan Paris

PARIS: Pesawat perang Perancis menyerang kubu kuat kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Raqa, Syria pada Ahad (15 Nov), memusnahkan sebuah pos perintah dan kem latihan, kata Kementerian Pertahanan Perancis.

Dalam serangan udara pertama terhadap ISIS sejak rentetan serangan maut di Paris yang kumpulan pengganas itu mengaku lakukan Sabtu lalu (14 Nov), 12 pesawat pejuang, termasuk 10 pengebom pejuang, menjatuhkan 20 bom di sasaran tersebut.

"Sasaran pertama yang dimusnahkan digunakan oleh Daesh (satu lagi akronim bahasa Arab bagi ISIS) sebagai pos perintah, pusat rekrut dan depo senjata dan peluru. Yang kedua menempatkan kem latihan pengganas," kata satu kenyataan kementerian tersebut.

Pesawat itu berlepas dari Jordan dan Emiriah Arab Bersatu dan serangan dijalankan dengan kerjasama tentera Amerika Syarikat, ujarnya.

Ia serbuan terbesar di Syria yang dijalankan Perancis setakat ini, menyasarkan kubu kuat ISIS di Raqa, hanya dua hari selepas kumpulan tersebut mendakwa melakukan serangan terselaras di Paris yang meragut lebih 130 nyawa itu.

Presiden Perancis, Encik Francois Hollande, menyalahkan kumpulan ISIS bagi serangan di Paris dan berkata ia satu "tindakan perang". - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.