Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perancis siasat apakah Najib disogok dalam perjanjian kapal selam

Feb 05, 2016 | 03:58 PM



PARIS: Pendakwa raya Perancis telah melancarkan siasatan rasmi apakah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, diberi rasuah berhubung perjanjian senjata bernilai $1.2 bilion ($ 1.69 bilion) semasa beliau menjadi menteri pertahanan.


Seorang hakim akan menyiasat apakah bekas presiden kumpulan pertahanan Perancis, Thales International Asia, Bernard Baiocco, membayar sogokan haram kepada Datuk Seri Najib, melalui sekutu beliau, untuk memenangi kontrak 2002 bagi dua kapal selam, lapor Financial Times (FT), yang memetik orang rapat dengan kes itu.


Pejabat pendakwa raya Paris berkata Baiocco telah diletak di bawah siasatan rasmi kerana disyaki "memberi rasuah kepada pegawai awam asing" dan "bersubahat dalam penyalahgunaan aset korporat", menurut FT.


Ini datang selepas agensi berita AFP melaporkan Baiocco didakwa pada 15 Disember lalu membayar komisen kepada Encik Abdul Razak Baginda, seorang penganalisis politik Malaysia yang juga kawan dengan Datuk Seri Najib.


Bagaimanapun, Encik Abdul Razak memberitahu FT walaupun beliau dibayar kira-kira 30 juta euro ($47,000,000) untuk berunding mengenai perjanjian kapal selam Scorpene itu, wang tersebut tidak digunakan untuk merasuah pegawai.


"Ia sebuah perjanjian sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu," beliau dipetik sebagai berkata. "Dan saya tidak pernah membayar sembarang pegawai."


Encik Abdul Razak, yang kini pengarah Yayasan Keamanan Islam amal yang berpangkalan di Britain, juga berkata beliau tidak pernah menjadi penasihat yang dibayar kepada Datuk Seri Najib.


Beliau mendakwa "jarang" bercakap dengan Datuk Seri Najib mengenai perjanjian kapal selam itu "sambil minum teh", menurut laporan FT itu.


Siasatan itu berkaitan penjualan dua kapal selam serangan Scorpeneclass daripada sebuah syarikat usaha sama antara Thales International Asia dan syarikat pertahanan DCN, kini dikenali sebagai DCNS.


Semasa perjanjian kapal selam itu sedang dirundingkan, Encik Abdul Razak menjadi kekasih seorang penterjemah Mongolia berusia 28 tahun, Altantuya Shaariibuu, yang dibunuh pada 2006.


Dua pengawal peribadi Datuk Seri Najib kemudian didapati bersalah membunuh beliau.


Kumpulan masyarakat sivil dan pesaing Datuk Seri Najib mendkawa ada kaitan antara pembunuhan Cik Altantuya dan perjanjian kapal selam tersebut.


Pendakwa raya Perancis enggan menamakan pegawai Malaysia yang disyaki rasuah, kata laporan FT itu. Tetapi tiga orang rapat dengan penyiasatan itu memberitahu akhbar tersebut dokumen kehakiman menamakan Datuk Seri Najib dan Encik Abdul Razak.


Siasatan Perancis menambah lagi siasatan antarabangsa berhubung Perdana Menteri Malaysia itu, yang sedang disiasat secara berasingan mengenai syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung dakwaan salah guna wang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >