KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini melaksanakan pemeriksaan keselamatan penerbangan lebih ketat di udara dan darat berikutan tragedi pesawat MH370.
Menurut satu surat pekeliling MAS, juruterbang dan pembantu juruterbang kini tidak dibenarkan ditinggalkan bersendirian dalam kokpit, walaupun salah seorang daripada mereka ke tandas.