SEOUL: Pemimpin Samsung Group, Encik Jay Y Lee, tiba di pejabat pendakwaan pagi semalam sebelum perbicaraan bagi menentukan sama ada beliau akan ditangkap atas tuduhan skandal rasuah yang menggegarkan Korea Selatan.
Encik Lee, 48 tahun, yang memakai kot gelap dan tali leher ungu, tidak menjawab soalan pemberita ketika masuk ke pejabat pendakwaan khas sebelum dibawa ke Mahkamah Daerah Tengah Seoul.