WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi berkata Demokrat akan meluluskan satu undang-undang baru untuk cuba membuka semula sebahagian pemerintah negara itu minggu depan.
Ini menyusuli perbincangan antara pentadbiran Encik Trump dengan perunding Demokrat semalam (5 Januari) gagal mencapai persetujuan untuk mengakhiri penutupan sebahagian pemerintahan Amerika.
Presiden Donald Trump telah meminta dana sebanyak AS$5.6 bilion (S$7.6 bilion) untuk membina tembok di sempadan Mexico tetapi Demokrat yang mengambil alih Dewan Perwakilan daripada parti Republikan minggu lalu meluluskan rang undang-undang untuk membuka semula pemerintah tanpa memberi dana tambahan bagi membina tembok tersebut.
Encik Trump bagaimanapun berkata beliau tidak akan menandatangani rang undang-undang itu sehingga beliau mendapat dana untuk membina tembok itu.
Dengan kedua-dua Demokrat dan Republikan tetap enggan berganjak, sekitar suku daripada pemerintah persekutuan telah ditutup selama dua minggu, menyebabkan sekitar 800,000 pekerja awam tidak dibayar gaji. - REUTERS