Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perintah darurat Myanmar dilanjut sempena ulang tahun rampasan kuasa

Feb 01, 2024 | 06:41 PM



YANGON: Pemerintah tentera Myanmar pada 31 Januari melanjutkan keadaan darurat sejak rampasan kuasa 2021, ketika junta itu berjuang untuk membendung pemberontakan berdarah prodemokrasi yang telah menguji keupayaannya untuk memerintah.


Ketua Junta Min Aung Hlaing menganggap perlu melanjutkan pemerintahan darurat selama enam bulan lagi untuk melaksanakan tugas yang diperlukan “untuk membawa negara ke keadaan normal kestabilan dan keamanan”, media kendalian tentera Myawaddy berkata di saluran Telegramnya.


Jeneral Hlaing menghadapi cabaran terbesar sejak pertama kali mengambil alih kuasa bekas jajahan British itu pada 1962 dengan pemberontakan prodemokrasi awam berubah menjadi gerakan penentangan bersenjata.

Junta telah mengerahkan meriam berat dan jet pejuang untuk cuba membendung tentera awam yang bersekutu dengan pemerintah bayangan dan tentera etnik minoriti.

Beberapa daripadanya melancarkan serangan teratur pada Oktober 2023 yang mengejutkan junta dan telah menjejaskan kredibiliti medan perangnya.

Kira-kira 2.3 juta orang telah kehilangan tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) manakala usaha jiran Myanmar untuk memulakan dialog tidak menunjukkan kemajuan dengan kepimpinan junta enggan berunding dengan apa yang dipanggil “pengganas”.

Pelanjutan peraturan darurat berlaku pada malam ulang tahun ketiga tentera merampas kuasa.

Rampasan kuasa itu berlaku selepas dakwaan penyelewengan pilihan raya dan sekali gus mengakhiri usaha mewujudkan demokrasi dan reformasi ekonomi negara itu.

Keadaan itu berlaku beberapa bulan selepas kemenangan besar dalam pilihan raya oleh Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Cik Aung San Suu Kyi.

Beliau merancang untuk mengubah perlembagaan negara itu bagi menyekat cengkaman kuasa tentera dalam politik dan meletakkan kuasa pemerintahan awam. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >