SEOUL: Pemimpin Pyongyang, Encik Kim Jong Un berjanji akan menyokong Semenanjung Korea bebas nuklear, tetapi yang sukar ialah perinciannya dan banyak bergantung pada pertemuan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, kata penganalisis.
Presiden Korea Selatan, Encik Moon Jae In, memuji perisytiharan itu sebagai "permulaan berharga" bagi pembebasan nuklear semenanjung - satu eufemisme, atau ungkapan lebih lembut, diplomatik yang terbuka kepada tafsiran di kedua- dua belah pihak.