Perjanjian pelupusan program nuklear Iran berkuatkuasa 20 Jan ini

TEHERAN: Perjanjian penting berkaitan program nuklear Iran yang dimeterai negara itu dengan kuasa-kuasa besar dunia bakal dikuatkuasa pada 20 Januari ini.

Di bawah perjanjian yang dicapai November lalu itu, Teheran bersetuju membekukan sebahagian aktiviti nuklearnya selama enam bulan.

Sebagai ganjaran, ia tidak akan dikenakan sekatan ekonomi baru sepanjang tempoh itu sementara sekatan sedia ada akan dilonggarkan.

Perjanjian itu dimeterai antara Iran dengan Kesatuan Eropah yang mewakili Britain, China, Perancis, Jerman, Russia dan Amerika Syarikat.

"Kededua pihak telah mencapai persetujuan tentang bagaimana menguatkuasakan perjanjian itu dan langkah pertama akan dilaksana mulai 20 Januari ini," kata ketua perunding Iran, Encik Abbas Araqchi. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.