Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perkakas Zaman Batu ditemui di pulau Sulawesi

Jan 15, 2016 | 11:04 AM



PARIS: Saintis telah menemui perkakas Zaman Batu berusia sekurang-kurangnya 118,000 tahun di pulau Sulawesi di Indonesia, tetapi tiada kesan manusia awal yang membuat perkakas itu, menurut satu kajian baru.


Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature pada Rabu (13 Jan) juga menunjukkan kemungkinan ada kaitan antara pembuat perkakas tersebut dengan orang-orang pertama yang tiba di Australia.


Digali di empat tapak berasingan di Sulawesi, perkakas itu mungkin menimbul perdebatan mengenai identiti spesies manusia pertama yang kini telah pupus.


Pada 2003, fosil peninggalan ditemui di pulau jiran Sulawesi, Flores. Ujian pentarikhan menunjukkan manusia spesies Homo floresiensis, yang digelar 'Hobbit', tiba di sana sekurang-kurangnya satu juta tahun lalu.


Penemuan baru ini menunjukkan bahawa "Flores bukan satu-satunya pulau yang pernah didiami manusia kuno sebelum Homo sapiens (manusia moden) sampai di sana kira-kira 50,000 tahun lalu", kata penulis utama kajian tersebut, Gerrit van den Bergh, seorang penyelidik di University of Wollongong di Australia.


Ramai saintis berkata Hobbit keturunan spesies Homo erectus yang telah pupus. Sama ada pembuat perkakas di Sulawesi itu juga datang daripada Homo erectus - yang tinggal di pulau Jawa yang berdekatan sekurang-kurangnya 1.5 juta tahun lalu - mustahil diketahui tanpa bukti fosil.


Bagaimanapun, penemuan baru itu, kata Encik van den Bergh, menimbulkan kemungkinan ada hubungan dengan manusia terawal yang mendiami apa yang hari ini merupakan Australia.


"Kita tahu daripada bukti genetik bahawa sebahagian kecil DNA orang pertama yang datang ke Australia, dan keturunan mereka, diwarisi daripada kumpulan manusia yang sukar difahami yang dipanggil Denisovans," katanya.


"Mungkin pembuat perkakas batu dari Sulawesi itu, yang tarikhnya baru ditetapkan, juga daripada Denisovans."


Ada satu perkara yang pasti, ujar kajian itu. Perkakas tersebut tidak mungkin dibuat oleh Homo sapiens kerana ia terlalu tua. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >