MARSEILLE (Perancis): Perlawanan pembukaan Kumpulan B kejohanan bolasepak Euro 2016 antara England dengan Russia semalam dicemari adegan keganasan apabila sebahagian penyokong England diserang peminat fanatik Russia ketika aksi seri 1-1.
Kekecohan mula berlaku ketika percubaan pemain Russia, Vasili Berezutski, dibatalkan dan pemain tengah England, Eric Dier, menyumbangkan gol menerusi sepakan percuma.