Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perlembagaan 'tidak memperuntuk soal negeri keluar' dari Malaysia

Oct 20, 2015 | 12:43 PM



KUALA LUMPUR: Perlembagaan Malaysia tidak mempunyai peruntukan bagi pemisahan sebarang negeri daripada persekutuan itu, kata pakar undang-undang, menyusuli laporan minggu lalu bahawa Tengku Mahkota Johor memberi amaran kerajaan negeri itu boleh keluar daripada Malaysia jika sebarang syarat perjanjian dilanggar.


Portal berita The Malay Mail Online pada Isnin (19 Okt) memetik pakar undang-undang sebagai berkata Perlembagaan Malaysia tidak secara khusus menangani isu pemisahan.


Seorang pengamal undang-undang perlembagaan, Encik New Sin Yew, berkata isu itu "lebih berbentuk politik daripada undang-undang", dan pindaan perlembagaan tidak mustahil.


Perlembagaan persekutuan Malaysia tidak menyatakan apa-apa berhubung isu tersebut, kata beliau, "tidak seperti di Sabah, di mana secara khusus disebut dalam Perjanjian Malaysia bahawa (negeri itu) tidak boleh keluar".


Perjanjian Malaysia merujuk kepada memorandum yang ditandatangani antara Malaya dan Sabah bagi pembentukan Malaysia pada 1963.


Isu pemisahan menjadi tumpuan selepas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mencadangkan dalam satu temu bual minggu lepas bahawa Johor boleh memilih keluar jika sebarang syarat perjanjian keanggotaannya dalam Persekutuan Malaysia dilanggar.


Beliau membuat komen itu dalam satu temu bual dengan sebuah majalah sukan yang disiarkan di laman Facebook kelab bola sepak Harimau Selatan Johor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >