KUANTAN: Malaysia berkata ia akan mengenakan penggantungan tiga bulan ke atas kegiatan perlombongan bauksit di Pahang mulai 15 Januari, selepas kemarahan mengenai kemusnahan alam sekitar dan pencemaran sungai serta laut di sekitar Kuantan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kementeriannya telah berhenti meluluskan permit eksport bagi bauksit sejak minggu lepas dan tidak akan mengeluarkan satu lagi hingga moratorium itu ditarik balik.