KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Malaysia pada Selasa (13 Okt) menetapkan 9 November bagi membuat keputusan mengenai permohonan presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar dibatalkan tuntutan mahkamah oleh empat individu yang cuba menghalang parti itu membentangkan di parlimen rang undang-undang yang akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud.
Semasa mengumumkan itui, peguam Datuk Seri Abdul Hadi, Datuk Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha agung PAS, berkata parti itu telah berhujah bahawa Mahkamah Tinggi perlu membatalkan saman itu kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk menyoal persidangan parlimen, laporan media Malaysia.