Perpecahan PKR meluas lepas Rafizi buat laporan rasuah

PETALING JAYA: Tindakan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, membuat laporan mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor yang diketuai timbalan presiden parti itu yang kuat, Datuk Seri Azmin Ali, mengancam akan memecahbelahkan lagi parti tersebut, menurut akhbar The Star.

Perselisihan dalam parti - dengan Datuk Seri Azmin pada satu pihak dan presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada satu lagi - sudah menjadi satu rahsia terbuka sebelum perkembangan terbaru itu.

Encik Rafizi memasuki ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar tengah hari Isnin (30 Mei) untuk mengemukakan maklumat mengenai individu tertentu, yang tidak dinamakannya, berhubung pengendalian kerajaan negeri.

Dr Wan Azizah mengarahkan Encik Rafizi, yang dilihat berpihak pada beliau, mengemukakan sembarang bukti bagi rasuah itu kepada SPRM.

Dakwaan itu muncul kali pertama dalam kumpulan mesej WhatsApp ahli PKR yang bocor. Encik Rafizi kemudian mengesahkan beliau menulis mesej itu.

Dalam satu kenyataan lewat bulan lalu, menyusuli kemasukan Encik Rafizi, Encik Azmin mengecam dakwaan itu, dengan berkata tidak ada bukti. Tuduhan tersebut, katanya, sebahagian daripada kempen sistematik memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Pada Isnin, Menteri Besar Selangor itu tidak menghadiri beberapa acaranya yang telah dijadualkan dan enggan memberi kenyataan bagi mengulas terhadap langkah terkini Encik Rafizi membuat aduan kepada SPRM.

Dengan perkembangan terbaru itu berlaku kurang seminggu sebelum hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar Ahad ini, pegawai parti rakan PKR dalam Pakatan Harapan, iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Amanah, cepat-cepat berusaha meremehkan prospek perbalahan dalaman PKR.

Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Encik Charles Santiago, berkata sembarang perbalahan dalam parti itu tidak akan memberi kesan ke atas pilihan raya kecil akan datang. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.